Walau dikumpul tanah dari tujuh benua
Untuk membina istana raksaksa
Belum tentu gah istana itu mampu sama...
Dengan kehebatan pengabdianku pada cinta
Andai melimpah air dari tujuh lautan
Membasahi bumi yang kering kehausan
Belum tentu air sebanyak itu cukup mampu...
Menghilangkan dahaga batinku yang merindu
Kira terkupas rahsia dari tujuh petala langit
Maka bisa terjawap kemusykilan yang paling rumit
Tapi belum tentu keajaiban juga mampu menerangkan
Erti kasih sayangku dan kesetiaan
Kerana perasaanku, naluriku dan kebutuhanku
Tidak di tanah yang lapang
Atau di lautan yang dalam
Di langit yang tinggi juga bukan
Cintaku, rinduku, kasih sayang dan kesetiaanku
Ada di sekeping hati
Yang cuma sebesar genggaman tangan
Dan hanya seorang kekasih...
Yang mampu memahami dan menghargai
=KalamSiLara=
25 December 2010