Aku tak akan menjanjikan kau apa saja
Kerana sememangnya itu aku tak mampu
Dan apa jua jenis keajaiban cerita-cerita cinta
Yang pernah kita baca sewaktu kecil dahulu
Tapi itu tak bermakna cintaku lemah
Kerana yang aku berikan adalah aku
Seluruh dariku yang aku serah
Tiada siapa yang mempunyai aku selain kamu
Bukan sekadar cinta yang aku beri
Aku bersumpah satu pengabdian
Dari hujung rambut sampai hujung kaki
Akulah hamba dan kaulah tuan
Mungkin salah dipandang mata
Pada cinta yang tak ada batasannya
Tapi andai benar perasaanku ini satu dosa
Kerana engkau, demi Tuhan, aku rela...
=KalamSiLara=
21 June 2011