Akhirnya aku kunci sebuah perasaan
Dalam sebuah kotak dipanggil 'hati'
Dan hati itu aku campak ke dasar lautan
Dengan harapan ia tidak timbul lagi
Kata-kata pergi bersama hati yang tenggelam
Takkan tertulis lagi dari tinta si Kalam
Takkan ada madah lagi yang akan tersulam
Ilhamku hilang, pedih ku pendam
Ketiadaan hati perlu diisi
Maka aku gantikan dengan 'iman'
Yang ingin aku penuhi dalam diri
Aku tak mahu lagi kesesatan
Jadi maafkan aku...
Ghaibku ini perlu
Andai sudah tertulis dari dulu
Pasti sekali lagi kita akan bertemu
=KalamSiLara=
7 November 2011