Friday, December 30, 2016

Pincang



Pincang
Langkah bukan kerana cedera
Tapi dari kenangan
Yang adakala mampu melumpuhkan

Semangat 
Yang ikut sama pincang
Kerana semakin hilang yakin
Setelah tersentak kasar dikejutkan

Dari mimpi
Mimpi yang sebenarnya juga pincang
Tapi tidak disedari dek buaian perasaan
Sehingga diri menjadi buta

Pada kenyataan
Bahawa diri ini sebenarnya pincang
Kerana degil tak mahu belajar
Dari masa lalu
Yang pincang...

=KalamSiLara=
  30 April 2016