Wednesday, December 28, 2016

Aku Dahaga


Aku dahaga...

Tapi tak tersentuh walau secangkir air
Biar diberi sungai yang tiada putus mengalir
Akan ku tolak tanpa perlu banyak fikiran
Bukan ketiadaan air yang membuat aku kehausan

Bukan manis madu atau sesegar susu
Seteguk pun aku tidak mahu
Bukan kemarau yang mendambakan hujan
Biarpun aku umpama pohon yang kelayuan

Aku dahaga...

Dan terus
Dan terus...

Sehingga kau pulang semula

=KalamSiLara=
16 June 2011