Ingatkah engkau pada malam itu?
Saat mata kita bertemu
Senyum dibibir menahan malu
Belum kenal siapa engkau, siapa aku
Adakala canggung terdiam kelu
Ingatkah engkau pada malam itu?
Kita bernaung dibawah langit tak berbintang
Hanya bermandikan cahaya bulan yang agak kelam
Ada sedikit keresahan mencari tenang
Gelisah diusik sepinya malam
Ingatkah engkau pada malam itu?
Kau bertanya kenapa aku diam membisu
Aku yang cuba tidak terpukau dengan renunganmu
Kerana setiap kali engkau memandang aku
Jiwa ini bergelora tidak menentu
Ingatkah engkau pada malam itu?
Malam mengupas seribu rahsia
Malam menutur seribu bicara
Malam bermula satu kelana
Malam ku pinta tiada akhirnya...
Ingatkah engkau pada malam itu...?
=KalamSiLara=
10 October 2011