Thursday, December 29, 2016

Kadang-Kadang Aku Ingin Menangis



Kadang-kadang aku ingin menangis...

Tapi nangis untuk apa atau siapa?
Atas perubahan ini? Atas kehilangan engkau?
Perubahan demi kebaikan diri sendiri?
Kehilangan engkau yang tak pernah aku miliki?

Kadang-kadang aku ingin menangis...

Tapi kenapa tak tersampai hati?
Sia-siakah airmata andai ia jatuh membasahi pipi?
Kerana tangisan yang mahu aku ratapi bukan untuk Illahi?
Atau kerana tiada engkau untuk menyeka airmataku ini?

Kadang-kadang aku ingin menangis...

Tapi aku terbelah antara cinta yang Maha Kekal dengan cinta pada diri
Cukup percayakah aku sedangkan aku masih takut dengan sunyi?
Cukup ta'atkah aku sedangkan kalimahNya seakan belum memadai buatku lagi?

Kadang-kadang aku ingin menangis...

Tapi hatiku keras antara keperluan dan kebongkakkan
Perlu kerana aku tak mahu menafikan takdirNya
Bongkak kerana aku tak harus terkesan dengan tingkah manusia
Setelah bertemu Dia, bukankah itu lebih baik dari mempunyai engkau?

Kadang-kadang aku ingin menangis...
Terlalu ingin menangis
Dan kadang-kadang aku rindu aku
'Aku' yang bersama engkau dulu

=KalamSiLara=
5 December 2011