Thursday, December 29, 2016

Zakiya [2008/1998] - Unfinished

[Zakiya 2008]

Angin sepoi-sepoi bahasa yang meniup ditingkat paling atas bangunan ini seakan mengejek-mengejek
Aku yang datang untuk menamatkan riwayatku sendiri
Bagaimana suasana bisa tenang, sedang dalam diriku bergelora?
Aku melihat kebawah dan serta-merta dipukul gerun
Mati takut tapi hidup tak mahu
Adakah manusia yang lebih hina dari aku saat ini?
Kalau aku mati, adakah orang yang peduli?

[Zakiya 1998]

"Kau memang tak guna aku piara! Bukan mendatangkan kesenangan, buat sakit hati lagi adalah! Kau tu hidup menumpang, sedarlah diri tu sikit! Bapak kau pon tak nak piara kau, kau tau tak?! Kau kalau mati, ramai orang senang! Kurang satu beban dalam rumah ni, hilang sakit kepala aku!"

Catat: 24 November 2014, jam 11.36 mlm.


Fazleena Latiff.