Kali ini aku diam...
Bukan kerana marah atau berkecil hati
Diamku ini perlu
Agar tak silap menafsir lagi
Antara yang pasti dan yang palsu
Demi engkau, aku diam...
Biar yang gelap jadi terang
Biar terhurai semua kesulitan
Biar gelora diganti tenang
Biar pulih kelukaan
Walau sukar, aku 'kan terus diam...
Aku membisu kerana aku mengerti
Pergolakan yang engkau tempuhi
Telingkah yang harus kau hadapi
Adalah dengan dirimu sendiri
Omerta jiwa dan perasaan
Aku anggap ini satu pengorbanan
=KalamSiLara=
11 July 2011